Monday, August 3, 2009

bau apa ni???

Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak lensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus.Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 malam. Dia bekerja di tingkat 8 bangunan itu dan hendak turun ke grounfloor.Bila dia masuk lift dia tekan G,lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35.Bila sampai di tingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah seorang gadis yg amat jelita.Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu.Kulitnya putih dan rambutnya ikal mayang serta berbau sangat wangi.Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus ke belakang lift.Sejurus kemudian lift itu pun turun.Ketika lift itu sedang turun kawan saya ni menikmatilah bau wangi gadis itu.Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out.Dia pun meraba-raba butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang meraba-raba,tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.Dalam kegelapan itu kawan saya itu terpikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga ke seluruh bulu roma di badannya berdiri.Lututnya pun semakin lemah dan berbagai perkara berlegar di otaknya.Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya.Peluh badan sudah pun kluar dan kepala pun berpinar2 terasa akan pitam.Bau busuk itu masih ada.Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat.Tiba-tiba lampu menyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke groundfloor.Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh ke belakang untuk melihat sama ada lembaga itu masih ada atau tidak.Rupa-rupanya gadis itu masih ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantik sambil berkata"I'm sorry,tadi I terkentut".

No comments:

Post a Comment