Monday, August 3, 2009

meraikan keajaiban cinta

Perkahwinan ada satu langkah besar bagi seseorang insan dalam kehidupan mereka. Alam rumahtangga adalah satu fasa baru dalam kehidupan seseorang. Ada yang memandang serius perkara ini dan ada juga yang agak malang apa bila menganggap perkahiwinan adalah isu remeh.Fasa baru yang diertikan adalah tempoh peralihan seseorang daripada satu keadaan menjadi sesuatu keadaan. Daripada aku dan engkau menjadi kami . Menjadi kami beertinya menjadi satu. menjadi satu set daripada subset. Subset yang akan membentuk satu entiti keluarga Islam. Fasa perlaihan yang amat besar di dalam masa kehidupannya. Betapa besarnya erti peraliahan ini sehinggalah Rasullah SAW bersabda.Daripada Anas RA “Apabila berkahwin seseorang dia melengkapkan separuh agamanya. Maka, hendaklah dia bertakwa pada selebihnya.”Begitu besarnya peralihan didalam kehidupan seseorang di dalam langkahnya membina mahligai rumahtangga memerlukan sesorang bersedia dengan sebenar-benarnya. Persediaan sebelum mendirikan rumahtangga adalah sangat penting.Sebelum perbincangan mengenai mendirikan masjid ini diteruskan. Marilah kita mengoreksi diri sendiri apakah tujuan kita mahu mendirikan rumahtangga impian ? adakah kerana cinta? Harat? Rupa? Pangkat? Agama? . Kadangkala persoalan-persoalan ini ligat bermain di minda kita. Kadangkala koreksi yang teramat dalam membuatkan pula kita menjadi fobia tentang perkahwinan. Kadangakala persoalan-persoalan ini berkitar pantas di benak jiwa kita sehinggakan kita merasakan semakin kuat kita memikirkan tentang jodoh, terasa jodoh kita makin jauh pula.

No comments:

Post a Comment